IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.
Arahan itu dikeluarkan Speaker, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid selepas wakil rakyat itu terus berucap walaupun telah diarahkan berhenti oleh Timbalan Speaker, Khalil Yahya sebelumnya.
Kekecohan itu bermula apabila Muhamad Arafat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Datuk Abdul Yunus Jamhari mengenai kenaikan harga barang.
Disebabkan masa yang diberikan telah tamat, Abdul Yunus memberi jaminan akan menjawab soalan itu secara bertulis.
Bagaimanapun Muhamad Arafat yang tidak berpuas hati, terus berucap mendesak Abdul Yunus menjawab soalan-soalan yang dibangkitkannya.
Khalil yang mengendalikan persidangan ketika itu memberi kata dua sama ada ADUN Hulu Kinta itu mahu duduk atau keluar berehat di kantin.
Bagaimanapun, Mohamad Zahir yang masuk menggantikan Khalil terus membuat keputusan mengarahkan Muhamad Arafat keluar.
ADUN Hulu Kinta itu kemudiannya keluar Dewan sambil diiringi oleh Bentara.
Pada Selasa ADUN PKR itu mencuri tumpuan apabila memegang ayam segar ketika berbahas, sebagai ‘gimik’ untuk mengulas isu harga barangan terutama ayam segar yang mengalami peningkatan sejak akhir-akhir ini.
BACA: Wakil rakyat bawa 'ayam mahal' dalam DUN, hadiah pada Exco
Menurutnya, ayam itu yang sebagai ‘hadiah’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Semanggol.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Dec 16 2021
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 28 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
Showcase The A.C.A.B. selepas 18 tahun bakal gamit nostalgia
Selepas 18 tahun berehat, The A.C.A.B Kembali dalam sebuah showcase mempersembahkan lagu dalam satu-satunya album dan barisan anggota asal menerusi This Is The A.C.A.B - Indie Nostalgic Showcase 2024.
SPM 2023: 1,100 calon MRSM peroleh semua A - MARA
Seramai 1,100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) memperoleh semua A dalam peperiksaan itu berbanding 1,006 calon pada tahun sebelumnya.
AWANI Tonight: 27th May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- MMA Poll: Only 5% Of public hospitals, clinics have enough manpower
- Israeli strike on Rafah draws international criticism
- MMA Poll: Only 5% Of public hospitals, clinics have enough manpower
- Israeli strike on Rafah draws international criticism
SMEC akan dijadikan acara tahunan - Abang Johari
Abang Johari berkata pengamal media seharusnya menyesuaikan diri dengan proses migrasi teknologi masa kini.
AWANI Ringkas: Tujuh kenderaan rosak di Puchong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Israeli strike on Rafah draws international criticism
An Israeli air strike on a refugee camp in Rafah has drawn condemnation from European leaders, just two days after the International Court of Justice ordered it to halt its military operations in the southern Gaza city.
AWANI Tonight: Faisal Halim moved to secret location for recovery
After being discharged from hospital on Sunday, Selangor FC player Faisal Halim has been moved to a secret location for security reasons to allow him to fully recover.
Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit - Polis
Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, petang semalam.
ADUN Hulu Kinta diarah keluar dewan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad sekali lagi mencuri tumpuan apabila diarahkan keluar ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang, hari ini.
Kerjasama dengan musuh lebih baik daripada pengkhianat - ADUN Hulu Kinta
Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Hulu Kinta, dari PKR, Muhamad Arafat Varisai Mahamad lebih sanggup bekerjasama dengan musuh politik berbanding dengan pengkhianat.